1.6 PENGGUNAAN DIMENSI
Ciri bagi suatu persamaan fizik yang betul adalah di mana setiap sebutan
dalam persamaan tersebut mempunyaai dimensi yang sama. Berdasarkan fakta ini,
kaedah dimensi dapat digunakan untuk tujuan berikut:
a) Penyemakan persamaan
b) Analisis dimensi bagi membina rumus
1.6.1 PENYEMAKAN PERSAMAAN
Bagi suatu persamaan fizik yang homogen dari segi dimensinya, maka setiap sebutanya juga mempunyai dimensi yang sama iaitu dimensi di sebelah kiri dan kanan persamaan adalah sama. Oleh yang demikian, sebarang sebutan yang tidak betul dalam persamaan dapat disemak menggunakan kaedah dimensi.
1.6.2 ANALISIS DIMENSI BAGI EMBINA RUMUSAN
Analisis dimensi ini juga membolehkan kita melihat kaitan antara kuatiti-kuatiti fizik yang lain dengan menentukan magnitudnya atau dengan perkataan lain, untuk membina rumus/persamaan fizik. Walaubagaimanapun, kemampuan analisis dimensi ini dibatasi oleh perkara-perkara berikut:
1. Kaedah analisis dimensi tidak boleh digunakan bagi mendapatkan pemalar tidak berdimensi seperti 2 .
2. Pada umumnya kita tidak dapat mencari bagaimana suatu kuantiti fizik bergantung kepada lebih daripada tiga kuantiti dalam mekanik kerana kuantiti asas hanya ada tiga iaitu panjang, masa dan jisim.
3. Jika hubungan di antara kuantiti-kuantiti lain diketahui, maka bolehlah melibatkan lebih daripada tiga kuantiti.
4. Hanya hubungan yang melibatkan pendaraban kuasa sahaja dapat diterbitkan tetapi hubungan yang berbentuk eksponen tidak dapat diterbitkan.