10 Pengenalan Kepada Termodinamik Haba, kerja dan tenaga dalaman
Termodinamik merupakan
satu bidang ilmu yang memperihalkan mengenai perpindahan haba dan petukaran haba
atau transformasi haba dan satu bentuk tenaga ke satu bentuk tenaga lain seperti
tenaga mekanikal, elekirik dan sebagainya. Dengan ini haba berkaitan dengan
tenaga mekanik sistern mikroskopik yang terdiri daripada tenaga keupayaan dan
kinetik molekul-molekul dalarn suatu bahan. Sehubungan dengan itu maka hukum-
hukurn termodinarnik adalah berdasarkan kepada sifat mikroskopik bahan.
10.1
Haba dan Kerja.
Prinsip pertukaran
tenaga haba kepada tenaga dalaman dan kerja digunakan dalam merekabentuk enjin
yang dapat menghasilkan kerja seperti enjin petrol, enjin diesel dan enjin jet.
Dalarn hal ini haba, Q yang ditambahkan ke dalam sistem dan kerja, W yang
dilakukan oleh sistem merupakan pertukaran bentuk tenaga dalam sistem tersebut.
Dengan dV = Adx.adalah perubahan isipadu gas.
Jika tekanan adalah malar persamaan boleh dipermudahkan sebagai;
d W = p(V2
- V,)
Perhatikan bahawa nilai kerja adalah
i.positif ,jika perubahan isipadu adalah positif; ini bererti gas(sistem) melakukan kerja
ii.negatif jika isipadu dimampatkan oleh daya luar ; dalam hal ini
kerja dilakukan ke atas Sistem.ini
Jika dilakarkan graf p melawan V, didapati nilai kerja yang dinyatakan oleh persamaan (10.25) adalah diwakili oleh jumlah luas di bawah graf (garis lengkung) seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 10.3.2.