10.7
Proses Adiabatik gas unggul.
Proses isoterma seperti telah
dijelaskan dalarn bahagian 10.5.1 ,berlaku dalam keadaan suhu rnalar,dan tiada
perubahan tenaga dalaman.Pengaaliran haba dalam sistem digunakan sebagai kerja
dalam pengembangan atau pemampatan gas. Keadaan sistem iaitu tekanan dan
isipadunya diungkapkan dalam hukum Boyle, iaitu pV =
malar.
Sekiranya sistem ditebat
sempurna sehingga tiada berlaku perpindahan haba,iaitu AQ=0,maka perubahan
isipadu dan tekanan akan disertai dengan perubahan suhu,disebabkan terjadi
perubahaan tenaga dalaman.Daripada kaitan bahawa, W = -Δu,dapatlah
difahami bahawa jika gas mengembang(W>0) ,
maka suhu akan turun,manakala jika
gas dimampatkan(W<0),tenaga dalaman bertambah dan suhu meningkat. Pada Rajah
10.7.1 dapat diperhatikan bahawa penurunan tekaanan disertai pengembangan
isipadu.Kesannya suhu sistem turun dari T1 ke T2
Dalam proses adiabatik
ini keadaan sistem
memenuhi hubungan-hubungan berikut,
Untuk Pengembangan Adiabatik,
W= - ΔU