10.5        Proses-proses Termodinamik :Isoterma,isobar, adibatik isokor dan kitaran.

  Proses termodinamik ialah perubahan keadaan awal sisliem ,(pi,Vi,Ti) kepada suatu keadaan tertentu,(pf,Vf,Tf),apabila berlaku perubahan pada salah satu daripada parameter,p,V, T dan U.

Untuk gas unggul, keadaan sistem dinyatakan oleh persamaan keadaan iaitu persamaan gas unggul PV = nRT

 

  10.5.1  Proses Isoterma

Proses ini berlaku apabila suhu,T suatu sistein adalah malar,iaitu sistem berada di dalam keadaan keseimbangan terma. Proses ini berlaku di sepanjang lengkung garis graf tekanan, P melawan isipadu, V seperti yang ditunjukkan dalarn Rajah 10.5.1. Berdasarkan kepada persamaan gas unggul, didapati tekanan, P adalah berkadar songsang terhadap isipadu,V. Maka proses isoterina mi dapat diwakili oleh garis yang berbentuk hiperbola pada graf tersebut.

 

Berdasarkan kepada Rajah 10.5.1, proses berlaku dan titik 1 ke 2 apabila haba ditambahkan ke dalam sistem(gas). mi menyebabkan tekanan, P dan isipadu gas akan berubah ( tekanan berkurang dan isipadu meningkat) bagi mengekalkan suhu sistem. Kerja yang dilakukan untuk membolehkan gas di dalam sistem mengembang (±W) adalah diwakili oleh jumlah luas di bawah graf tersebut.

  Sebarang haba yang keluar dan sistem atau masuk ke dalam sistem benlaku dengan penlahan demi untuk mengekalkan suhu sistem. Untuk gas unggul, jika suhunya malar maka tenaga dalamnya, Ujuga malar. ini bermakna AU=0. Berdasarkan kepada Hukum Termodinamik Pertama,

                        Q=AU±W=0±W                        (10.33)

Maka

                        Q=W                        (10.34)

Di dalam proses ini, tenaga haba akan ditukarkan kepada kerja mekanikal.

   

 

[BACK] [NEXT]