Momentum Linear

Sebagaimana konsep tenaga berkait rapat dengan konsep kerja,begitu juga konsep momentum yang mempunyai kaitan dengan konsep halaju dan daya. Oleh itu momentum linear adalah kuantiti vektor. Satu ciri momentum yang penting dalam Sains ialah sifat keabadiannya. Ciri ini amat berguna apabila berhadapan dengan peristewa perlanggaran di antara dua jasad atau lebih.

Takrif Momentum

“Momentum ditakrifkan sebagai hasildarab jisim, m dan halaju, v, objek.

            P = mv

Unit momentum linear ialah kgms-1, dan [p] = MLT-1

Nota:    i. Magnitud p berkadaran linear dengan m dan v.

            ii.Arah p ialah searah dengan arah v.

 

Kaitan Antara Momentum Dengan Daya dan Impuls

Dalam peristewa perlanggaran,objek yang memiliki momentum yang lebih besar berbanding momentum objek lain, akan memberikan kesan hentaman (impak) yang lebih besar. Juga memerlukan daya yang lebih besar untuk menahan atau mengubah arah gerakannya. Daripada hukum Newton kedua;

Daya,   F = ma

 

Atau,     ;  dengan  ∆p = m∆v

               

Dengan ini dapat dinyatakan bahawa daya ialah kadar perubahan momentum.

Takrif lmpuls

Impuls ditakrifkan sebagai perubahan momentum atau hasildarab daya dengan sela masa tindakan daya tersebut.

            I = F ∆t

Unit Impuls ialah Ns-1

Lazimnya konsep impuls ini dikaitkan kepada tindakan da1am sela masa yang singkat. Misalnya pukulan raket pada bola tenis dan yang seumpamanya. Dalam keadaan ini magnitud daya berubah daripada sifar ke nilai maksimum dan hilang semula secara mendadak, apabila tindakan daya luar tidak lagi menyentuh objek. Dengan ini magnitud impuls boleh dikira berdasarkan magnitud daya purata dalam masa tindakan daya berkenaan. Cuba fikirkan perubahan yang berlaku pada magnitud daya seandainya untuk suatu nilai impuls tertentu sela masa ∆t diubah supaya menjadi semakin kecil!