Takrif Kerja

A.    Kerja dilakukan oleh daya malar

Kerja ditakrifkaan sebagai hasildarab sesaran dengan magnitud dayapada arah sesaran.

 W = Fs

                   = F kosq s                                                                    (4.1)
                   = F·s                                                                            (4.2)

Dengan q ialah sudut antara daya, F dengan sesaran s.

Nota ;

Perhatikan bahawa jika

1.      q = 0º ; W = Fs

2.      q = 90º ; W = 0 : daya yang serenjang terhadap sesaran, tidak melakukan kerja.

3.      q = 180º ; W = -Fs ; arah daya, F bertentangan arah sesaran atau menentang gerakan.

B.   Kerja Oleh Daya Tidak Malar

Misalkan satu sistem spring-jisim seperti ditunjukkan pada Rajah 4.2, ditarik dengan daya regangan, F. Hukum Hooke menjelaskan bahawa magnitud daya ini, F = kx, dengan x ialah pemanjangan spring atau sesaran spring dan titik keseimbangan, xo. Sekiranya spring melakukan sesaran si = ∆xi, maka kerja dilakukan pada spring ialah Wi = Fi ∆xi, dengan Fi ialah daya purata pada sesaran S1. Oleb itu untuk regangan sejauh x, maka jumlah kerjanya ialah

            Wi = ∑i ∆Wi = ∑i Fi ∆xi.

Jika had ∆x 0, maka

            W = had ∆x 0 i Fi ∆xi

                

Bagi sistem spring-jisim, F(x) = kx, maka kerja yang dilakukan pada sistem ialah

           

Secara am untuk daya yang sentiasa berubah magnitud dan arah maka kerja yang dilakukan

                                                                        

                                                           (4.4)       

Dengan ini magnitud kerja yang dilakukan oleh daya ke atas jasad adalah sama dengan luas kawasan di bawah graf dengan paksi-x. Cuba buktikan rurnusan ini bagi graf daya spring, F, melawan x, yang disebutkan sebelum ini.

Unit kerja ialah Joule, (J) atau (Nm).