Tenaga Keupayaan

Suatu bahan berat yang diangkat tinggi kemudian dilepaskan, berupaya melakukan keria membenamkan cerucuk konkrit ke dalarn tanah lebih dalam berbanding jika beban berkenaan hanya diletakkan diatas cerucuk, tanpa di hentak. Kemampuan jasa.d yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi lebih berupaya melakukan kerja ini dikatakan, adalah disebabkan jasad mempunyai tenaga keupayaan. Di antara jenis-jenis tenaga keupayaan ialah

1.      Tenaga keupayaan graviti (contoh air terjun)

2.      Tenaga keupayaan kenyal (spring teregang, busur panah)

3.      Tenaga keupayaan elekirik (sistern cas elektrik atau ion)

Misalkan satu jasad berjisim, m dilepaskan dan kedudukan Ya, ke suatu kedudukan Yb seperti ditunjukkan pada Rajah 4.4. Jika dipilih arah sesaran positif adalah ke bawah, maka sesaran, s = (ya - yb) dan

Kerja daya gravity ke atas objek, W = Fgs kos 00

                                                        = mg (ya – yb).                                                        (4.7)

Jika diambil titik rujukan yb = 0 dan ya = h, maka

                                                    W = mgh = U                                                             (4.8)