Daya
Abadi dan Daya Tidak Abadi
Pada
Rajah 4.4 ditunjukkan tiga keadaan gerakan jasad melalul lintasan yang
berbeza.Telah ditunjukkan bahawa kerja yang dilakukan oleh daya graviti ke atas
jasad berkenaan hanya bergantung kepada kedudukan awal dan akhir. Oleh itu bagi
ketiga-tiga kes tersebut kerja yang dilakukan oleh daya graviti adalah sama.
Takrif Daya Abadi
‘Daya
dikatakan abadi sekiranya kerja yang dilakukan oleh daya berkenaan tidak
bergantung lintasan gerakan. Magnitud kerja bergantung kepada kedudukan awal dan
kedudukan akhir jasad’
Atau,
‘Sekiranya
kerja yang dilakukan oleh suatudaya melalui lintasan tertutup adalah bernilai
sifar maka daya tersebut dikatakan daya abadi’.
Sebaliknya, sekiranya kerja yang
dilakukan oleb suatu daya adalab bergantung lintasan antara dua tifik, maka daya
berkenaan disebut sebagai daya tidak abadi. Contohnya, daya geseran, daya
rintangan, daya tujahan, daya normal, tegangan dan sebagainya.
Dengan ini secara umumnya kerja dihasilkan oleh daya abadi dan daya tak abadi.
W = Wa + Wta (4.10)
Daripada prinsip Kerja-Tenaga,
∆K = Wa + Wta
Atau, Wta = ∆K – (mgha – mghb)
= ∆K + (mghb + mgha)
Wta = ∆K + ∆U (4.11)
Junlah tenaga mekanik, E = (Tenaga Kinetik) + (Tenaga Keupayaan).
E = K + U (4.12)
Daripada persamaan 4.11 dan 4.12,
Wta = Eb – Ea (4.13)