PENGENALAN
Secara umumnya, fizik adalah merupakan satu mata pelajaran yang menerangkan sifat atau gambaran sesuatu objek. Contohnya sifat objek ialah tinggi, warna dan berat. Para pelajar perlu memahami konsep atau kaedah bagaimana kuantiti fizik tersebut diukur dan dihubungkaitkan dengan prinsip atau hukum melalui penggunaan simbol tertentu.
1.1 Pengukuran
Pengukuran adalah sesuatu aktiviti untuk menentukan nilai kuantitatif sifat sesuatu bahan dan sifat sesuatu keadaan. Ia amat penting untuk mengetahui fenomena sesuatu kejadian dan sesuatu sifat bahan. Dengan kata lain, pengukuran adalah sesuatu proses/tindakan menentukan had-had, saiz amaun sestuatu kuantiti fizik dengan membandingkan kuantiti tersebut dengan unit ukuran yang sejenis. proses pengukuran ini melibatkan aktiviti kehidupan seharian seseorang ianya berlaku secara berterusan. Dalam kehidupan seharian, seseorang merasa sejuk di awal pagi, ini melibatkan pengukuran darjah kesejukan atau kepanasan. begitu juga dengan menghalakan pandangan kepada, ini bermakna kita boleh mengukur berapa jarak dan sebagainya lagi.