1.2 KUANTITI FIZIK
Kuantiti adalah suatu sifat atau ukuran bagi suatu aktiviti pengukuran yang dinyatakan dalam bentuk angka nilai dan unitnya. Tanpa unit, kuantiti bagi suatu pengukuran tidak mempunyai nilainya. Umpamanya ketinggian seseorang ialah 175, maka angka ini tidak mempunyai maklumat berguna melainkan ianya diringkan suatu unit tertentu seperti sentimeter.
Secara amnya, suatu kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur dan ia
terbahagi kepada dua kumpulan asa iaitu kuantiti asas dan kuantiti terbitan.
Kuantiti asas terdiri daripada panjang, masa, jisim, arus elektrik, suhu dan
banyaknya bahan (mol) dan keamatan cahaya. Manakala kuantiti fizik yang selain
dari yang tersebut di atas dinamakan sebagai kuantiti terbitan seperti halaju,
daya, tenaga dan sebagainya.