1.3 UNIT DAN PIAWAI
Dalam Pengukuran kuantiti fizik, suatu saiz piawai diperlukan bagi membandingkan suatu kuantiti dengan saiz piawai kuantiti dan saiz piawai itu dinamakan unit bagi kuantiti tersebut.
Unit untuk kuantiti asas dinamaakan unit asas, manakala unit untuk kuantiti terbitan dinamkan unit terbitan. Unit terbitan ini terdiri daripada gabungan unit-unit asas seperti luas (kuantiti terbitan) yang unitnya meter persegi (m²) iaitu hasil darab panjang terhadap panjang.
Setiap unit asas dalam sistem dirujuk kepada suatu piawai. Piawai ialah rekod
fizikal suatu kuantiti fizikal suatu unit ukuran. Piawai terbahagi kepada dua
iaitu:
a) Piawai Utama: Iaitu piawai yang ditetapkan (disimpan) oleh International
Bureau of Weights and Measures, Paris.
b)Piawai sekunder: adalah salinan piwai utama yang digunakan sebagai rujukan
dalam amalan pengukuran seperti pembaris, timbang ,jam dan sebagainya.
Jadual di bawah menujukkan kuantiti dan unit-unit asas serta takrifan atau piawainya dalam sistem SI.
Kuantiti Asas |
Unit |
Simbol |
Takrifan Atau Piawainya |
Panjang |
Meter |
m |
Satu meter piawai ialah jarak yang mengandungi 1,650,763.73 panjang gelombang suatu cahaya oren daripada gas kripton-86. |
Masa |
Saat |
s |
Satu saat piawai ialah masa yang diambil untuk peralihan tenaga dalam atom sesium dengan membuat getaran sebanyak 9,192,631,770 kitaran. Catatan: Takrifan ini diterima buat sememtara sahaja kerana sistem lain seperti maser hydogen memberi takrifan saat yang lebih tepat iaitu dalam masa 33,000,000 tahun selisih atau ralatnya hanya 1 saat. |
Jisim |
Kilogram |
kg |
Satu kilogram piawai ialah jisim satu silinder aloi platinum -radium yang tersimpan di makmal antarabangsa mengenai ukuran dan berat di Perancis. |
Arus Elektrik |
Ampere |
A |
Satu ampere piawai ialah arus tetap yaang dialirkan melalui dua pengalir selari yang tak terhingga panjangnya, keratan rentasnya boleh diabaikan dan diletakkan pada jarak 1 meter antara satu dengan lain akan menghasilkan daya 2×10-7N pada setiap panjang meter panjang pengalir tersebut. |
Suhu |
Kelvin |
K |
Satu Kelvin ialah pecahan 1/273.16 daripada suhu termodinamik takat tiga air (keadaan apabila ketiga-tiga fasa air iaitu wap, cecair dan pepejal wujud bersama-sama) |
Jumlah Bahan |
Mol |
Mol |
Satu mol ialah banyaknya bahan satu sistem yang unitasanyaa sama banyak dengan bilangan atom karbon dalam 12×10-³ kg karbon-12 (oleh itu, satu mol mengandungi 6.022×10-²³unit asas tertentu seperti atom, ion-ion dan sebagainya.) |
Keamatan |
Kandela |
|
Satu kendala ialah keamatan bercahaya daripada jasad hitam pada suhu menyejuk-beku platinum dan tekanan 101,325 Nm-2 dalam arah serenjang dengan permukaan 1/600,000m² |
SISTEM UNIT
Terdapat tiga sistem unit yang biasa digunakan dalam kajian fizik ,iaitu:
a) Sistem Unit antarabangsa atau dikenali sebagai SI unit.
b) Sistem cgs ( sistem Gaussan )
c) Sistem British (British Standard )
Sistem Unit Antarabangsa (SI) digunakan kursus untuk mentakrifkan piawai-piawai bagi panjang, jisim , masa, arus elektrik, suhu, banyaknya bahan dan keamataan cahaya seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas.
Walaupun sistem SI telah diterima sebagai sistem antarabangsa namun dalam bidang penyelidikan sains masih lagi menerima pakai sistem cgs. Manakala sistem british sangat popular digunakan dalam bidang kejuruteraan. Sistem British juga dikenali sebagai Kaki Pundal Saat (KFS).
Kuantiti Asas | Unit dalam sistem cgs | Unit dalam sistem SI | Unit dalam sistem British |
Panjang | Sentimeter(cm) | Meter(m) | Kaki(ka) |
Jisim | Gram(g) | Kilogram(kg) | Slug(slug) |
Masa | Saat(s) | Saat(s) | Saat(s) |
UNIT DAN PIAWAI