2.0 OBJEKTIF

Setelah pelajar mengikuti kuliah berkaitan tajuk ini :

  1. Pelajar boleh mentakrif konsep jarak, kedudukan, sesaran, laju purata, laju seketika, halaju purata, halaju sekatika, pecutan dan pecutan seketika.
  2. Pelajar boleh membezakan antara konsep jarak dan sesaran dan laju dan halaju.
  3. Pelajar boleh menghubungkait dan mengira halaju seketika dan kecerunan graf sesaran malawan masa, juga mengira pecutan seketika daripada kecerunan graf halaju melawan masa.
  4. Pelajar boleh mentafsir setiap sebutan dalam persamaan gerakan linear dan boleh menyelesaikan masalah gerakan objek yang bergerak linear, menggunakan persamaan-persamaan tersebut.
  5. Pelajar boleh menyelesaikan masalah gerakan pada satu satah (gerakan lontaran) menggunakan konsep dan persamaan gerakan linear dengan pecutan seragam.  


[SEBELUM]  [SELEPAS] [MUKA UTAMA]