2.1 PENGENALAN

Mempelajari gerakan dan kesan gerakan atas objek adalah asas untuk memahami bidang mekanik yang menjadi sebahagian asas bagi hukum-hukum fizik. Secara ringkas lazimnya mekanik dibahagi kepada:

  1. Kinematik; mengenai gerakan jasad tanpa memprtimbangkan ‘penyebab’ gerakan.
  2. Dinamik; hubungan gerakan jasad dengan penyebab gerakan (daya), serta ciri-ciri gerakan.
  3. Statik; ciri-ciri daya bagi jasad pegun.

 

Pada amnya semasa gerakan, di samping jasad bergerak secara translasi, jasad juga melakukan rotasi. Oleh itu untuk mengelak kerumitan dan dapatkan rumusan yang ringkas dan boleh digunakan untuk kebanyakan hal, ahli-ahli fizik membuat andaian bahawa jasad boleh dianggap sebagai zarah atau “jasad bersaiz titik”. Ini tidak bermakna hanya jasad-jasad yang bersaiz kecil seperti proton, electron atau bola sepak saja dianggap zarah, malah planet-planet di sekeliling matahari juga boleh dianggap sebagai zarah .Hal ini adalah wajar bahawa saiz jasad tersebut adalah kecil berbanding saiz lintasan gerakan planet dalam system suria. Hal ini merupakan satu keistimewaan dan keumuman hukum-hukum fizik: walaupun rumusan berasaskan objek titik tetapi pemerihalannya merangkumi objek pelbagai saiz. Seperkata lagi bahawa dengan menganggap jasad sebagai zarah, bermakna kita telah mengabaikan saling tindak antara unsur-unsur/komponen dalam jasad itu sendiri.

 

 

 

  [SEBELUM]  [SELEPAS] [MUKA UTAMA]