Gerakan linear pada satah condong

                         

Seperti gerakan jatuh bebas, gerakan pada satah condong juga dipengaruhi pecutan (medan) gravity. Dalam hal ini untuk memudahkan pemerihalan gerakan, pecutan gravity dileraikan menjadi 2 komponen iaitu komponen selari dan komponen tegek (dengan satah condong). Selain daripada itu supaya tidak mengelirukan perlu diadakan satu rujukan sifar (titik asalan) supaya persetujuan tanda positif dan negatif adalah jelas.

 

 

 

Pada rajah di atas, pecutan gravity dileraikan menjadi 2 komponen iaitu ax=-gsinq yang arahnya sentiasa menuju ke bawah da n selri dengan satah condong dan ax=-gkosq yang pecutan ini adalah bernilai sifar. Dengan ini gerakan hanyalah pada arah x, iaitu disepanjang satah condong.

Titik awal gerakan ketika t = 0 iaitu x = 0, boleh dianggap berada samada di  kaki satah atau di mana-mana titik pada satah bergantung keadaan awal gerakan jasad. Sebagai rumusan, semua persamaan gerakan linear dapat digunakan pada masalah gerakan pada satah condong, dengan menggantikan pecutan a = ax = -gsinq. Dalam hal ini persetujuan bagi tanda bagi sesaran x dan halaju juga hendaklah di sesuaikan dengan persetujuan tanda bagi pecutan.

[SEBELUM]  [SELEPAS] [MUKA UTAMA]