RINGKASAN:

Apabila suatu objek melakukan perubahan kedudukan terhadap masa maka dikatakan objek berkenaan melakukan gerakan. Kinematik adalah perihalan mengenai gerakan objek ranpa mengambil kira penyebab gerakan. Pemerihalan tersebut memerlukan kerangka rujukan (paksi rujukan). Konsep-konsep berikut adalah digunakan untuk menjelaskan fenomena gerakan linear dengan pecutan seragam.

Jarak; panjang lintasan (jejak) jasad.

Sesaran; perubahan kedudukan jasad.

Laju; kadar perubahan jarak.

Laju purata; kadar perubahan jarak untuk julat masa tertentu.

Laju seketika; laju pada masa tertentu. Ditakrif sebagai laju purata untuk julat masa yang menghampiri sifar.

Halaju; kadar perubahan kedudukan.

Halaju purata; nisbah sesaran terhadap julat masa tertentu.

Halaju seketika; halaju purata untuk julat masa menghampiri sifar.

Pecutan; kadar perubahan halaju.

Pecutan purata; nisbah perubahan halaju terhadap julat masa yang diperlukan.

Pecutan seketika; pecutan purata untuk julat masa yang paling singkat(menghampiri sifar).

 

 

Sekiranya jasad bergerak linear pada paksi-x dengan pecutan malar a, maka kedudukan jasad, x dan halaju v, jasad dapat dihubungkan dengan pecutan dan masa t masing-masing seperti berikut;

 

jasad yang jatuh bebas atau dilancarkan tegak diatas atau bawah, berhampiran muka bumi juga mengalami pecutan seragam disebabkan kesan tarikan gravity bumi. Dalam hal ini magnitud pecutan gravity, g  =  9.8m/s2. Lazimnya tanda bagi pecutan gravity ialah negatif sekiranya dipilih arah paksi-y sebagai positif.

Begitu juga halnya untuk gerakan linear pada satah condong. Tanpa pengaruh daya-daya luar, gerakan jasad disebabkan kesan gravity mematuhi persamaan-persamaan gerakan linear tersebut di atas. Dalam hal ini sekiranya paksi-x dipilih sebagai paksi rujukan yang selari dengan satah condong, maka kesan gravity menghasilkan komponen pecutan yang selari satahgerakan dengan arah ke bawah iaitu ax  =  - gsinq, dengan q ialah sudut kecondongan satah terhadap satah ufuk.

 [SEBELUM]   [MUKA UTAMA]